Pihak institut kini telah menyediakan kemudahan di mana anda memohon untuk menyertai aktiviti secara dalam talian. Sebelum membuat sebarang permohonan secara online, para pegawai perlu membuat penawaran kursus/aktiviti sekurang kurangnya seminggu sebelum aktiviti berlangsung untuk memastikan maklumat pada sijil penyertaan aktiviti adalah tepat dan teratur. Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan dengan penggunaan sistem, sila berhubung dengan Bahagian Pusat Sumber Dan Pustaka pada waktu operasi pejabat.
Berikutan arahan penggunaan aplikasi sistem eKJP bermula Jun 2017, Unit Korporat tidak lagi mengeluarkan Borang Kehadiran Kursus secara manual untuk semua kursus yang dijalankan. Pegawai atau Urusetia Kursus bagi setiap bengkel perlu mencetak Borang Kehadiran Kursus melalui sistem OSCAPPS dan membuat salinan sekiranya perlu. Salinan asal Borang Kehadiran yang lengkap ditandatangani oleh semua peserta kursus hendaklah DIHANTAR ke Unit Korporat untuk pengesahan kehadiran.
Kegagalan pihak tuan puan berbuat demikian akan menyebabkan sijil penyertaan kursus tidak dapat dikeluarkan. Untuk sebarang maklumat lanjut, tuan puan bolehlah berhubung terus dengan Pegawai di Unit Korporat, Encik Mohd Sayono Bin Sunarti di talian 085-655540 samb. 188 atau Puan Norzamila Binti Jamil di talian 085-655540 samb. 246.
Pihak institut kini telah menyediakan kemudahan sistem permohonan kursus jangka pendek secara atas talian. Sebelum membuat sebarang permohonan, tuan puan perlu melayari maklumat kursus jangka pendek di pilihan butang menu Katalog Kursus seperti yang terpapar di bahagian atas. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan Pengurus Kursus seperti tertera pada setiap kursus yang ditawarkan atau boleh hubungi pegawai di Unit Khidmat Sokongan Kerjaya & Korporat iaitu En Meialagan A/L Nadarajan (meialagan@jtm.gov.my) atau Pn Norzamila (norzamila@jtm.gov.my) atau hubungi talian am kami di 085-644384 pada waktu operasi pejabat.