Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak


Pengambilan Dan Permohonan

  1. Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari dan Julai)
  2. Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www.jtm.gov.my bagi permohonan kemasukan
  3. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan selepas tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut
  4. Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat-menyurat manual dikeluarkan
  5. Calon yang memohon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh Keputusan Permohonan yang telah dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

Syarat Am Kemasukkan 

Syarat Kemasukan Am Program Sijil Bagi Lepasan SPM/SPMV
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun
  3. Lulus Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Sejarah dan Lulus satu subjek SELAIN dari subjek yang dinyatakan.
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

  

Syarat Kemasukan Am Program Diploma Bagi Lepasan SKM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun
  3. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

Syarat Kemasukan Am Program Vista Petronas (Program Kerjasama Jabatan Tenaga Manusia Dan Petronas)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun
  3. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Kimpalan, Fabrikasi Logam Dan Mekanik Industri.
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.