- Details
- Category: Info Korporat
Pencapaian Bulan Mei 2023
Bil. | Perkara | Bilangan Diterima | Bilangan Diproses | Bilangan Selesai | Peratusan |
1. |
Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula; |
||||
2. |
Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak diangerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut; |
||||
3. |
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula; |
||||
4. |
Memastikan peserta kursus jangka pendek (KJP) yang mencatatkan peratusan kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; |
||||
5. |
Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga. |
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
JTM bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya di semua ILJTM bebas daripada apa jua perbuatan atau keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan risiko kesihatan selaras dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Dasar-dasar Keselamatan dan Kesihatan JTM meliputi pelaksanaan perkara-perkara berikut :
- Menyedia dan menguruskan tempat kerja, latihan dan penginapan yang selamat serta suasana kerja yang sihat.
- Memastikan mesin , peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
- Berusaha menghapuskan semua keadaan dan situasi yang dianggap merbahaya.
- Memastikan semua kakitangan dan pelajar diberi latihan yang secukupnya, merangkumi piawaian keselamatan dan peraturan yang diperlukan, sebelum mereka diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan mesin, peralatan tangan atau apa-apa jua tugas yang berkaitan.
- Mewujudkan kaedah dan sistem kerja yang selamat untuk dipatuhi oleh semua kakitangan dan pelajar semasa melaksanakan aktiviti kerja.
- Sentiasa mengutamakan keselamatan dalam semua tugas-tugas yang berkaitan.
- Mematuhi kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967.
Mencegah kemalangan dan risiko kesihatan adalah tanggungjawab semua kakitangan dan pelajar. Perlaksanaan amalan Keselamatan dan Kesihatan yang sempurna adalah keperluan yang amat penting bagi kejayaan yang sepenuhnya.
Dengan ini, pihak JTM bertanggungjawab memastikan para pelajar dan kakitangan memahami serta mematuhi dasar-dasar keselamatan dan kesihatan tanpa memansuhkan dasar-dasar lain yang sedia ada.
SHAKIB BIN AHMAD SHAKIR
KETUA PENGARAH
JABATAN TENAGA MANUSIA
Khidmat Pengurusan Pentadbiran
- Mengurus dan menyelaras tindakan-tindakan yang perlu dilakukan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran, kelengkapan pejabat, stor dan kenderaan jabatan, urusan tempahan bilik mesyuarat dan makan minum, aktiviti pengeposan dan surat menyurat.
- Mengurus dan menyelenggara sistem fail dan dokumen berkaitan pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan.
- Mengurus dan memantau pengurusan asrama pelajar dan dewan makan.
Khidmat Pengurusan Kewangan
- Pengurusan kewangan institut secara keseluruhan.
- Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan dan laporan perbelanjaan setiap bulan.
- Mengawal perbelanjaan peruntukan menyelenggara akaun dan rekod kewangan.
- Details
- Category: Info Korporat
Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)
- Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program kokurikulum pelajar, mengendali hal kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
- Memasukkan maklumat pelajar dalam sistem TMS (Training Management System) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara online
- Menguruskan pendaftaran masuk pelajar dan sebagai urusetia minggu suaikenal pelajar-pelajar baru.
Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.
Bahagian Kawalan & Kualiti Latihan (BKKL)
- Menyelaras penggunaan kurikulum, proses penilaian, peperiksaan dan persijilan bagi persijilan JTM.
- Menyelaras pentauliahan Pusat Bertauliah, pendaftaran pelajar bagi persijilan kemahiran, pelaksanaan penilaian, peperiksaan dan persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKP).
- Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di institut (MKSP & QMT).
- Menyelaras kursus kakitangan termasuk rekod berkaitan latihan kakitangan.
- Menyelaras aktiviti yang berkaitan pertandingan kemahiran dan lain-lain.
- Menyelaras kursus separuh masa.
- Menyelaras program kerjasama dengan industri (MoU / Smart Partnership / TCP).
- Menyelaras proses penilaian,peperiksaan dan persijilan bagi program Kolej Vokasional (BPTV & LPM).
- Menyelaras pentauliahan MQA dan penilaian berasakan OBE bagi persijilan DTK
Bahagian Pengurusan & Penyelenggaraan Aset (BPPA)
- Mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di institut merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).
- Bertanggungjawab dalam menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti dan berkesan.
- Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
- Merancang dan mengesyorkan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut agar seiring dengan keadaan dan keperluan semasa dan akan datang.
Unit Sokongan Komuniti & Khidmat Pekerjaan (CESS)
- Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILPS akan mendapatkan pekerjaan.
- Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan tv, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta.
- Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILPS dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
- Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILPS.
- Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILPS adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.
Bahagian Pengurusan Sumber dan Maklumat (BPSM)
Merealisasikan objektif institut dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan khususnya dalam System Administration (Aplikasi, Komputer & Rangkaian), Multimedia dan Perpustakaan.
Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:
System Administration
- Mengendalian, menyelenggaraan dan memantau infranstruktur dan sistem ICT institut.
- Operasi Penyelenggaraan Berjadual Peralatan ICT di Makmal / Pejabat / Bilik Server
- Pelupusan/ peminjaman Harta Modal Dan Inventori
- Pemantauan dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Atas Talian seperti Hrmis, email MyGovUC, Traning Management System (TMS), Learning Management System (LMS), ePerolehan, eKursus Jangka Pendek dan lain-lain.
Multimedia
- Pembangunan dan Penyelenggaraan Laman Web Rasmi Institut serta mengemaskini isi kandungan laman web dari semasa ke semasa
- Penyediaan artikel, grafik dan video untuk hebahan media sosial dan laman web
- Khidmat sokongan rekabentuk grafik/ video editing/ Peralatan kamera
Perpustakaan
- Peminjaman Bahan Bacaan
- Pemulangan Bahan Bacaan
- Penerimaan Bahan Bacaan dari Pembekal.