CIMB Foundation dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri Sarawak telah menganjurkan Be$MART Celik Kewangan, iaitu antara program utama oleh CIMB Foundation yang bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan belia Malaysia supaya mula berdikari dari segi kewangan. Manakala tenaga pengajar pula dari GEM Systems Sdn Bhd terdiri daripada Cik Hilder Husun Hului, Aina Maradhia Jusli dan Azlina Ibrahim bersama penyelaras program ini, Puan Julia Layam Empari.

Program berbentuk bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 134 pelajar dari pelbagai kursus di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri Sarawak telah diadakan pada 13-14 Julai 2019 di DKU, ILP Miri Sarawak dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Objektif program ini dijalankan adalah untuk melengkapkan belia dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan yang mencukupi dan mengurangkan kadar muflis di kalangan belia yang semakin meningkat. Program berbentuk interaktif ini juga turut dilengkapi dengan permainan simulasi berdasarkan situasi sebenar dalam kewangan pada masa kini.

Pelajar yang menghadiri program ini turut menerima Buku Perancangan Kewangan, Sijil Penyertaan dan hadiah berbentuk pelaburan iaitu Akaun Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme Account) iaitu merupakan CIMB-Principal PRS Plus dan CIMB Islamic PRS Plus yang direka untuk menyediakan pilihan pelaburan untuk membantu ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka oleh CIMB Foundation yang bernilai RM100 setiap seorang dalam kumpulan. Kumpulan Press Logam Sdn Bhd merupakan juara bagi sesi Pertama Be$MART di ILP Miri telah mengumpul aset kekayaan bernilai $6,445,000 sepanjang permainan simulasi dijalankan telah mengalahkan seramai 11 kumpulan yang lain.