Kursus Sepenuh Masa

A08 Sijil Teknologi Kimpalan

Kursus Sijil Teknologi Kimpalan adalah program pensijilan dalam industri minyak dan gas yang diiktiraf secara luas, yang akan menyediakan pelajar dengan pembangunan kemahiran berteknologi tinggi dan kemajuan dalam kerjaya dalam industri Minyak dan Gas.

Kursus ini berjaya dibangunkan dengan kerjasama yang luas dan perundingan dari Petronas Carigali Sdn. Bhd dan INSTEP (Institut Teknologi Petroleum PETRONAS) yang sentiasa dipacu oleh industri dan analisis tugas pekerjaan di seluruh dunia. Kursus ini dibangunkan dengan mengintegrasikan konsep pembelajaran berasaskan kompetensi, membolehkan para pelajar mempelajari kemahiran yang terdiri daripada penyelenggaraan peralatan minyak dan gas, perkhidmatan baikpulih, rigging dan slinging, lukisan paip, serta pengurusan organisasi.

Kursus ini menggalakkan para pelajar melaksanakan tugas-tugas berdasarkan persekitaran kerja yang sebenar, yang akan mengasah kemahiran pelajar dalam analisis teknologi dokumentasi dan meningkatkan kemahiran praktikal para pelajar.

Kursus Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) menggabungkan unsur penting dengan aspek teori pemeliharaan loji, termasuk latihan praktikal menggunakan pendekatan kerjasama berpasukan yang telah lama diamalkan dalam industri minyak dan gas. Kursus ini juga mengasah kemahiran komunikasi yang tinggi dengan konsep pembelajaran kendiri sebagai ciri utama graduan. Setelah selesai pensijilan Tahap 3 (SKM), pelajar mempunyai peluang untuk melanjutkan pendidikan mereka di peringkat diploma di pusat latihan seperti INSTEP atau institusi swasta lain yang berkaitan.

 

Jenis Persijilan

Pelajar lulusan kursus ini dianugerahkan persijilan berikut:

  • SKM Tahap 2 & 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)

ppg

Calon hendaklah berumur 17 hingga 35 tahun. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik/ Matematik Tambahan; dan Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/ Teknologi Elektrik/Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri &Elektrik.

**Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja‐kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

Peluang Kerjaya

Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerja sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industry.

Pin It

Kalender Latihan

15-21 Disember 2019

Minggu Peperiksaan ST

22-28 Disember 2019

Cuti Final Semester

25 Disember 2019

Cuti Umum Perayaan Krismas

Keratan Akhbar

SHAH ALAM – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan memb...

Rekaan penyokong tangan pengimpal juara MCiTeC ILP...

MIRI: The ‘ Go Herbs Insect Repellent Gel’ entry by st...

Kerajaan menyasarkan sebanyak 35 peratus pekerja berkemahi...

IPOH - Pertindihan antara kementerian dalam menyediakan pe...

KUALA LUMPUR - Istiadat mengangkat sumpah baki anggota bar...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan pem...

Inisiatif untuk mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan...

Kiriman Terkini

21 September 2019 : M-007 Welder Qualification Test(WQ...

14 September 2019: IT-0001 PC Maintenance...

05 Oktober 2019 :Program Kursus Persijilan Juruteknik ...

12 Nov 2019 :Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pengur...

2 Nov 2019 :LATIHAN PISPA (Cara Menyelamat Mangsa Ter...

19 Nov 2019 :Lawatan Dari Smk Subis, Batu Niah. #ilp...

15 Nov 2019 : Inhouse Coaching CSWIP 3.0 - Visual Weld...

7 Ogos 2019 : Sesi Prakelayakan World Skills Malaysia ...

FLICKR