Selamat Datang ke Portal Rasmi ILP Miri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua pihak yang melayari Laman Web Institut Latihan Perindustrian ILP Miri. Tujuan utama Laman web ini dibangunkan adalah berperanan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai program-program yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan di Institut ini. Sebagai salah satu institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), kami sentiasa berusaha untuk menawarkan latihan kemahiran yang memenuhi keperluan industri. Peluang latihan yang ditawarkan di ILP Miri terbuka kepada belia-belia lepasan sekolah serta pekerja-pekerja dari industri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Ini selaras dengan hasrat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta berdaya saing bagi merealisasikan wawasan Negara. Kami mengalu-alukan anda melayari laman web ini dan bersedia untuk membantu serta menawarkan khidmat kami kepada anda. Akhir kata dari saya, tahniah dan syabas kepada pasukan pembangun Laman Web ILP Miri kerana membangunkan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
Mustal Bin Makmud
Pengarah Insitut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak.