8 sebab utama memilih kami
Latihan Yang Teratur
Latihan yang dibekalkan dengan latihan kemahiran adalah teratur dan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Silibus yang digunakan pula adalah berdasarkan kepada NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh JPK dengan tambahan beberapa pakej pembelajaran oleh JTM yang membolehkan graduan dianugerahkan Sijil Teknologi JTM dalam masa yang sama.


Iktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam
Sijil yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Penekanan Kepada Bidang Kemahiran
Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar.
Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.


Mempunyai Persijilan ISO
Menerima pensijilan ISO yang bermaksud sistem latihan mereka adalah standard dan mempunyai panduan yang jelas kepada apa yang dilaksanakan.
Menawarkan Pensijilan Sijil Dan Diploma
Setelah menjalani program peringkat sijil, para pelajar boleh meneruskan pengajian di peringkat Diploma. Pada ketika ini, hanya Diploma Teknologi Komputer Rangkaian dan juga Diploma Telekomunikasi.


Kemudahan Asrama Yang Percuma
Kami menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa iaitu 400 lelaki dan 200 perempuan..
Makan Dan Minuman Percuma
Selain daripada itu, kami juga menyediakan makan dan minuman percuma untuk penghuni asrama sepanjang pengajian disini.


Lokasi Yang Bersesuaian
Institut kami merupakan satu satunya institut yang terletak di Miri, Sarawak. Lokasi yang bersesuaian dimana ia menjadi perantara untuk menggalakkan penduduk setempat khasnya dari zon Lawas, Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu datang untuk menerima pendidikan kemahiran di sini.