SPOTLIGHT

[31 Oktober 2019] Tahniah diucapkan kepada: Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah INTRiM Times Edisi Ke-8 untuk tahun 2020. Semoga dengan perlantikan jawatan ini memberikan impak ke arah mempromosikan institut ini. [29 Oktober 2019] Tahniah diucapkan kepada: Ahli Jawatankuasa Sukan ILP Miri untuk tahun 2020-2022. Semoga dengan perlantikan jawatan ini, AJK akan melaksanakan tugas dengan penuh komited dan dedikasi. Kad pelajar Sesi 2/2018 boleh dituntut di pejabat Pusat Sumber Dan Pustaka mulai 16 Julai 2018: boleh dituntut di pejabat Pusat Sumber Dan Pustaka mulai 16 Julai 2018

KUALA LUMPUR - Istiadat mengangkat sumpah baki anggota barisan Kabinet yang akan berlangsung pada 2 Julai ini pasti dinanti dengan penuh debaran kerana pada hari itu akan terungkai siapa yang bakal mengisi kerusi menteri dan timbalan menteri yang masih kosong. Mereka yang bakal mengangkat sumpah ini akan melengkapkan senarai Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memerintah negara selama lima tahun akan datang. Seramai 13 anggota Kabinet awal mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas sementara Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei. Menambah kepada debaran ini ialah sehingga saat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri tentang senarai penuh kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Maksud penulis, belum jelas kementerian mana yang kekal, yang mana yang digabung dengan kementerian lain dan yang mana pula akan dibubarkan dengan mengambil kira kementerian yang ada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14. Meskipun senarai ini masih misteri kepada rakyat, penulis pasti di peringkat kepimpinan negara ia bukanlah rahsia. Begitu juga bagi para empunya diri yang bakal dilantik, penulis yakin mereka sudah tahu apakah portfolio yang akan dipertanggungjawabkan kepada mereka nanti. Dalam erti kata lain, ia bukan perlantikan secara mengejut, tanpa persediaan rapi atau “bidan terjun!” Dengan sedikit masa yang ada ini, setiap diri yang bakal dilantik sudah boleh mula buat persiapan. Berdasarkan pemerhatian penulis, ada beberapa aspek yang boleh dijadikan kerja rumah awal bagi semua yang bakal mengangkat sumpah nanti. Cabaran pertama yang bakal dihadapi para menteri dan timbalan menteri baharu nanti adalah dari aspek komunikasi. Memandangkan kerajaan Harapan rata-ratanya dianggotai oleh individu yang belum pernah memegang jawatan menteri, mungkin ada yang belum pernah mempunyai setiausaha akhbar (SUA) sepanjang terlibat dalam karier politik. Secara umum SUA memainkan peranan penting untuk menghubungkan individu yang diangkat sebagai menteri dengan pihak media terutama bagi aktiviti politik dan apabila ada aktiviti ‘turun padang’. Oleh itu, perlantikan SUA adalah perlu dan beliau perlu dipercayai oleh menteri untuk membuat perancangan untuk membolehkan setiap hasrat hati sang menteri dapat disampaikan dengan cara yang paling berkesan dan mengelak sebarang kekeliruan di pihak audien. Umum mengetahui dalam pentadbiran kerajaan PH, pendekatan yang lebih ‘dekat’ dengan audien seperti penggunaan siaran video dan memberi respon melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Dalam masa yang sama, peranan Unit Komunikasi Korporat (UKK) setiap kementerian yang memberi bakti selama ini juga perlu dimanfaatkan sebagai penggerak maklumat bagi organisasi yang diketuai sang menteri kerana setiap UKK mempunyai maklumat lengkap dan mengetahui selok-belok dan latar belakang sesuatu isu melibatkan kementerian. Melalui kerjasama erat antara kedua-dua pihak iaitu SUA dan UKK maka dapatlah segala maklumat baik berkaitan menteri atau kementerian yang diwakili dapat disalurkan dengan lancar, tanpa pertindihan maklumat dan tepat. Harus diingat dari sudut pandang rakyat, mereka memandang menteri adalah kementerian dan kementerian adalah menteri. Di mata mereka tidak ada beza antara mesej yang disampaikan atas kapasiti peribadi atau rasmi sebaik sahaja seseorang dilantik sebagai menteri. Pada mereka, asalkan menteri yang bercakap, semuanya adalah maklumat ‘rasmi’, ‘sah’ dan ‘telah diputuskan’ meskipun ia hanyalah sekadar cadangan. Oh ya, masukkan sekali penterjemah dalam pasukan media anda untuk memudahkan penyediaan kenyataan media dalam pelbagai bahasa. Seterusnya, dengan masa yang ada sebelum mengangkat sumpah pada Isnin nanti kajilah isu utama berkaitan kementerian yang akan anda kepalai. Orang awam memuji Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook kerana di hari pertama melapor diri di pejabat beliau sudah bercakap tentang isu sebenar berkaitan kementerian seperti fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), isu lesen kopi dan keselamatan jalan raya di musim perayaan. Tindakan proaktif seperti ini bolehlah dicontoh. Barulah nanti apabila masuk melapor diri hari pertama di pejabat, nampak gagah dan terampil! Di samping itu, ketenangan ketika menghadapi sesuatu situasi baharu atau tidak pernah dilalui juga amat penting. Gelagat Menteri Pertahanan kita iaitu Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai 'Abang Mat' atau 'Mat Sabu' cukup menyenangkan semua pihak. Pada hari pertama di pejabat, beliau ada membuat kesilapan kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Kementerian Pertahanan. Hal ini mengundang kecaman netizen melalui laman sosial. Namun beliau tidak melatah dan tidak pula cuba mempertahankan diri atau menyalahkan orang lain. Sebaliknya beliau mengakui kesilapan diri dan meminta maaf atas kekhilafan dirinya itu. Bahkan ketika ditanya perasaan menjadi menteri pada hari pertama, beliau tidak berselindung untuk mengaku bahawa beliau merasa sedikit gemuruh. Maklumlah bukan calang-calang kementerian yang diterajuinya. Kejujuran seperti ini dihargai rakyat. Sedikit kekurangan diri seperti ini memberi elemen manusiawi kepada si pelaku, sekali gus memberi mesej kepada rakyat bahawa walaupun menyandang sebagai menteri, mereka masih manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan dan mempunyai kekurangan. Walaupun di awal artikel, penulis menekankan keperluan mengkaji isu sebelum masuk ke pejabat, pasti ada sahaja isu yang luar jangka atau luar pengetahuan selagi belum memegang kuasa. Oleh itu, ambillah masa mungkin seminggu dua pertama selepas dilantik untuk duduk dengan pasukan pengurusan kementerian dan pelbagai jabatan di bawah kementerian anda untuk selami segala isu. Dengan cara itu seseorang menteri akan memahami setiap isu berkaitan kementeriannya dengan mendalam dan daripada sumber primer dan pasti akan dapat membezakan informasi yang betul dan salah ketika disoal masyarakat. Ini dapat mengelak menteri daripada menjawab atau membuat sebarang keputusan secara terburu-buru yang mungkin terpaksa tarik balik kemudian. Lebih baik ambil masa yang lebih untuk menimbang tara sesuatu isu dengan masak daripada tidak konsisten dengan sesuatu keputusan. Perkara terakhir yang mahu penulis sentuh adalah tentang menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak. Selepas mendapat kuasa, pasti akan ada banyak pihak yang datang dan beri tekanan untuk mendapat jawapan segera kepada isu yang mereka bangkitkan. Baik daripada kelompok wartawan, baik kumpulan pelobi mahupun orang awam, semuanya berusaha untuk mendapat perhatian para menteri dengan segera. Malangnya tidak mungkin kita akan ada jawapan segera kepada semua soalan yang ditanya setiap masa. Jadi kalau memang tiada jawapan kepada sesuatu isu, jawab sahaja "saya belum ada jawapan, mohon sedikit masa untuk kami buat kajian" seperti yang dibuat Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini. Yang penting jangan dek kerana jawapan tergesa-gesa menteri, seluruh kementerian menjadi mangsa kerana terpaksa memenuhi janji atau jawapan separuh masak yang dibuat tanpa pertimbangan mendalam. Percayalah tekanan pasti akan terus datang, tetapi sebagai penanggung jawab kepada kementerian, kitalah yang perlu saring mana satu tekanan yang tulen dan mana satu tekanan yang dibuat atas kepentingan diri pihak yang menekan.

Pin It

Keratan Akhbar

SHAH ALAM – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan memb...

Rekaan penyokong tangan pengimpal juara MCiTeC ILP...

MIRI: The ‘ Go Herbs Insect Repellent Gel’ entry by st...

Kerajaan menyasarkan sebanyak 35 peratus pekerja berkemahi...

IPOH - Pertindihan antara kementerian dalam menyediakan pe...

KUALA LUMPUR - Istiadat mengangkat sumpah baki anggota bar...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan pem...

Inisiatif untuk mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan...

Kiriman Terkini

21 September 2019 : M-007 Welder Qualification Test(WQ...

14 September 2019: IT-0001 PC Maintenance...

05 Oktober 2019 :Program Kursus Persijilan Juruteknik ...

12 Nov 2019 :Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pengur...

2 Nov 2019 :LATIHAN PISPA (Cara Menyelamat Mangsa Ter...

19 Nov 2019 :Lawatan Dari Smk Subis, Batu Niah. #ilp...

15 Nov 2019 : Inhouse Coaching CSWIP 3.0 - Visual Weld...

7 Ogos 2019 : Sesi Prakelayakan World Skills Malaysia ...

FLICKR