KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan pembinaan lima kolej komuniti baharu dalam usaha membuka lebih banyak peluang pembelajaran kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf. Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata lima kolej komuniti itu akan dibina di Bachok, Kelantan; Keningau dan Tuaran, Sabah; Kuala Selangor, Selangor dan Dungun di Terengganu. "Pembinaan lima kolej komuniti baharu ini selaras dengan hasrat kerajaan membuka peluang dan akses kepada pendidikan TVET untuk masyarakat setempat serta peluang bagi pembelajaran sepanjang hayat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Idris berkata, kebolehpasaran graduan kolej komuniti mencatat kadar 97.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada 2013, iaitu peningkatan enam peratus. "Ini bukti kemajuan pendidikan kemahiran yang ditawarkan di kolej komuniti seiring dengan agenda TVET yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. "Penawaran kursus berasaskan revolusi industri keempat (4IR) di kolej komuniti amat sesuai dengan strategi bagi menarik pelabur asing datang ke Malaysia dan ini akan membantu meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan kolej komuniti dari semasa ke semasa," katanya.

Pin It

Terkini @ILPMIRI

25 September 2020 :Seminar Webinar bertajuk "TECHNOLOG...

11 September 2020 : Lawatan Kerja ke Pustaka Negeri ...

8 September 2020 : Program Counselor As Developement...

27 Ogos 2020 :Lawatan Kerja Dari Pengarah PERKESO Nege...

Kursus Jangka Pendek IT009-2 Microsoft Office Word (Ba...

Kursus Jangka Pendek Pendawai ( Wireman ) G2 dan Penja...

Kursus Jangka Pendek IT009-2 Microsoft Office Word (Ba...

Kursus In-House Training Splicing Fiber Optic Network ...

Keratan Akhbar

Promosi TVET Di Sekolah Luar Bandar Dipergiat...

SHAH ALAM – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan memb...

Rekaan penyokong tangan pengimpal juara MCiTeC ILP...

MIRI: The ‘ Go Herbs Insect Repellent Gel’ entry by st...

Kerajaan menyasarkan sebanyak 35 peratus pekerja berkemahi...

IPOH - Pertindihan antara kementerian dalam menyediakan pe...

KUALA LUMPUR - Istiadat mengangkat sumpah baki anggota bar...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan pem...

FLICKR