test1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri

Ts. Mustal bin Makmud

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merupakan salah sebuah daripada dua puluh lapan (28) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia(ILJTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). ILP Miri ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK-8) di atas tanah seluas 60 ekar di Bandar Baru Permyjaya, Mukim Kuala Baram, Bahagian Miri di Utara Sarawak. Fasa 1 telah siap dibina pada Julai 2006 dan telah dirasmikan pada. ILP Miri mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 68 orang kakitangan.ILP Miri dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020. ILP Miri menumpukan latihan kemahiran di dalam 3 bidang utama iaitu Mekanikal Pengeluaran, Elektrik Elektronik dan Teknologi Maklumat. Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan di ILP Miri untuk keselesaan dan kegunaan semua pelajar dan warga ILP Miri. Kemudahan yang disediakan ini juga diharapkan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk pelajar.

ILP Miri juga mengambil langkah proaktif bagi mengetengahkan inovasi di peringkat sekolah dan institusi sebagai langkah untuk meneruskan budaya berfikir secara kritis dan konstruktif, bekerja secara kreatif dan inovatif, dan memperkenalkan rekacipta inovasi akar umbi Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi. ILP Miri akan sentiasa komited dalam melaksanakan program-program sebegini demi menyahut hasrat dan matlamat kerajaan untuk menyuburkan lagi budaya inovasi dan kreativiti di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda. Program seumpama ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu platform untuk menyuburkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan para pelajar dan kakitangan serta pekerja industri, seiring dengan saranan kerajaan untuk mengetengahkan IR 4.0 di dalam pendidikan TVET di Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web Rasmi ILP Miri. Semoga semua maklumat yang disertakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali ILP Miri dengan lebih dekat lagi.

 

Ts. Mustal bin Makmud

Pengarah

 

 

  • Articles View Hits 299301

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024