L05 - Diploma Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Jabatan/Bengkel

Jabatan Elektrik & Elektronik / Bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Kod dan nama Program:

L05 - Diploma Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Latar belakang:

Program ini disediakan bagi memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menyediakan laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. Pelajar akan mempunyai kemahiran dalam HVACR Architecture Drawing & Cooling Load Design, HVACR Piping & Ducting Design, HVACR Electrical System Design, HVACR Tender Practice, HVACR Construction Practice, HVACR Project Monitoring Management, HVACR Testing & Commissioning dan HVACR Technical Support Management System

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 40% teori dan 60% amali.  Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester.  Selain itu, pelajar wajib mencipta satu projek dan menyiapkan laporan yang perlu dibentangkan sebelum pelajar menjalani Latihan Industri selama 6 bulan.

Program ini turut mendapatkan Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS ME-020-4:2012.

Tempoh Latihan:  

18 Bulan

Syarat Kelayakan mengikuti kursus

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut: 
    1. C-040-3: Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersil; atau 
    2. C-010-3: Juruteknik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara Domestik; atau 
    3. ME-020-3:2012 Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun;
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan;
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU

Persijilan 

  1. Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara- JTM
  2. Diploma Kemahiran Malaysia-JPK
jims_190525_v2
EKSA_Miri
WhatsApp Image 2025-01-15 at 7.17.07 PM.jpeg
penjenamaan semula.jpeg
Pengumuman Konvo.jpeg
previous arrow
next arrow
NTW7
NTW4
NTW3
NTW6
NTW2
NTW5
NTW14
NTW15
previous arrow
next arrow
NTW8
NTW16
NTW17
NTW1
previous arrow
next arrow
NTW9
NTW10
NTW12
NTW11
previous arrow
next arrow
No module Published on Offcanvas position