test1


Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)


  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program kokurikulum pelajar, mengendali hal kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Memasukkan maklumat pelajar dalam sistem TMS (Training Management System) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara online
  • Menguruskan pendaftaran masuk pelajar dan sebagai urusetia minggu suaikenal pelajar-pelajar baru.
    Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.

Bahagian Kawalan & Kualiti Latihan (BKKL)


  • Menyelaras penggunaan kurikulum, proses penilaian, peperiksaan dan persijilan bagi persijilan JTM.
  • Menyelaras pentauliahan Pusat Bertauliah, pendaftaran pelajar bagi persijilan kemahiran, pelaksanaan penilaian, peperiksaan dan persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKP).
  • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di institut (MKSP & QMT).
  • Menyelaras kursus kakitangan termasuk rekod berkaitan latihan kakitangan.
  • Menyelaras aktiviti yang berkaitan pertandingan kemahiran dan lain-lain.
  • Menyelaras kursus separuh masa.
  • Menyelaras program kerjasama dengan industri (MoU / Smart Partnership / TCP).
  • Menyelaras proses penilaian,peperiksaan dan persijilan bagi program Kolej Vokasional (BPTV & LPM).
  • Menyelaras pentauliahan MQA dan penilaian berasakan OBE bagi persijilan DTK

Bahagian Pengurusan & Penyelenggaraan Aset (BPPA)


  • Mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di institut merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).
  • Bertanggungjawab dalam menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti dan berkesan.
  • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
  • Merancang dan mengesyorkan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut agar seiring dengan keadaan dan keperluan semasa dan akan datang.

Unit Sokongan Komuniti & Khidmat Pekerjaan (CESS)


  • Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILPS akan mendapatkan pekerjaan.
  • Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan tv, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta.
  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILPS dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILPS.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILPS adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.

Bahagian Pengurusan Sumber dan Maklumat (BPSM)


Merealisasikan objektif institut dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan khususnya dalam System Administration (Aplikasi, Komputer & Rangkaian), Multimedia dan Perpustakaan.

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

System Administration

  • Mengendalian, menyelenggaraan dan memantau infranstruktur dan sistem ICT institut.
  • Operasi Penyelenggaraan Berjadual Peralatan ICT di Makmal / Pejabat / Bilik Server
  • Pelupusan/ peminjaman Harta Modal Dan Inventori
  • Pemantauan dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Atas Talian seperti Hrmis, email MyGovUC, Traning Management System (TMS), Learning Management System (LMS), ePerolehan, eKursus Jangka Pendek dan lain-lain.

Multimedia

  • Pembangunan dan Penyelenggaraan Laman Web Rasmi Institut serta mengemaskini isi kandungan laman web dari semasa ke semasa
  • Penyediaan artikel, grafik dan video untuk hebahan media sosial dan laman web
  • Khidmat sokongan rekabentuk grafik/ video editing/ Peralatan kamera 

Perpustakaan

  • Peminjaman Bahan Bacaan
  • Pemulangan Bahan Bacaan
  • Penerimaan Bahan Bacaan dari Pembekal.


  • Articles View Hits 299484

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024