test1

A-08 Sijil Teknologi Kimpalan


INFO KURSUS

Para pelajar akan diberikan pendedahan di dalam bidang kimpalan secara teori dan amali. Pelajar akan dilatih menjadi mahir melakukan kerja-kerja kimpalan dengan mengambilkira aspek keselamatan. Pelajar akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membengkok dan merenggang logam. Selain mengimpal pelajar juga akan mempelajari kaedah proses pemotongan logam; di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW). Pelbagai kaedah sambungan terhadap plat dan paip pada kedudukan tertentu seperti 1F, 2F, 3F, 4F, 1G, 2G, 3G, 4G, 5G, 6GR akan turut dipelajari.


PERSIJILAN

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM ) TAHAP 3 MC-024-3:2012 Shielded Metal Arc Welding (SMAW) Process oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

2. Sijil Teknologi (ST) oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)


SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


TEMPOH LATIHAN
Latihan teori dan amali : 24 bulan
Latihan Industri : 3 bulan


PROSPEK KERJAYA
Peluang pekerjaan yang meluas di sektor Minyak dan Gas, Industri Pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan.

 Tukang kimpal/ jurukimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor (body work) dan juga loji jentera perindustrian atau bekerja sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal atau menghasilkan produk kimpalan.

  • Articles View Hits 299412

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024