test1

Sijil Juruteknik Komputer (Rangkaian)


INFO KURSUS

Disini para pelajar dilatih dengan kaedah memasang, membangun, mentadbir dan menyelenggara sistem rangkaian komputer. Mereka juga didedahkan dengan sistem keselamatan komputer, sistem operasi rangkaian, pengurusan rangkaian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Setelah tamat pelajar boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat diploma (DKM) di pusat latihan seperti ILP dan ADTEC (institusi awam) atau institusi swasta yang berkaitan.


PERSIJILAN

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (IT-030-3-2013) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

2. Sijil Teknologi oleh Jabatan Tenaga Manusia.

3. Sijil kopentensi lain*

  • Cisco IT Essential,
  • Cisco Packet Tracer
  • CA1C
  • CA2C

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


TEMPOH LATIHAN

  • Latihan teori dan amali : 18 bulan
  • Latihan Industri : 3 bulan

SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PROSPEK KERJAYA

  • Juruteknik rangkaian, Personel khidmat sokongan rangkaian, Pentadbir rangkaian, Eksekutif sokongan teknologi maklumat

MODUL PEMBELAJARAN

Program ini telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang IT-030-3:2013 dan tahap 3 berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. 

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4
Office Application Server Essential Computer Network Maintenance Latihan Industri
Computer Hardware & Software Wireless Technology Linux Essential  
Network Fundamental Fibre Network Cabling Fundamental Of Programming  
Network Structured Cabling Computer & Network Security Ethernet Switching  
Mathematics 1 Project Management Mobile Device Configuration  
Physics 1 Mathematics 2 Mathematics 3  
Pengajian Islam 1 / Moral 1 Physics 2 Physics 3  
Technical English 1 Pengajian Islam 2 / Moral 2 Pengajian Islam 3 / Moral 3  
Ko-Kurikulum Technical English 2 NCS (Core Abilities)  
NCS (Core Abilities) Ko-Kurikulum    
  NCS (Core Abilities)    
 
 

 

  • Articles View Hits 299333

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024