test1

L03 - Diploma Teknologi Telekomunikasi


INFO KURSUS

Diploma Teknologi Telekomunikasi ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal / elektronik. Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital , sistem pendawaian fiber optic dan copper, penggunaan lurang (mainhole) dan tiang (pole)  dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, Enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi.

 


PERSIJILAN

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dengan;

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4  (EE-321-4:2012) ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Diploma Teknologi (DT) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Calon hendaklah berumur 18 hingga 35 tahun.

3. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.

4. LULUS TEMUDUGA yang dijalankan.

5. DAN, tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 


PROSPEK KERJAYA

Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang menjawat jawatan sebagai :

  • Pembantu Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan; dan
  • Juruteknik Pemasangan Operasi Rangkaian Perhubungan Pelanggan.  
  • Articles View Hits 310746

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024