test1

G02 - Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)


INFO KURSUS

Kursus Diploma Teknologi Komputer Rangkaian yang ditawarkan akan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang rangkaian komputer, di mana pelajar akan mempelajari teori (40%) dan praktikal (60%). Pelajar akan didedahkan kepada teknologi rangkaian komputer terkini dan akan dilatih untuk dilatih berorientasikan pekerjaan. Kursus ini memberi tumpuan kepada topik-topik pengenalan dalam pengurusan rangkaian dan pelayan. Pelajar akan diberi panduan bagaimana menguruskan dan mengoptimumkan rangkaian melalui perisian sebenar dan simulasi. Di akhir kursus ini, pelajar perlu menjalankan projek tahun akhir (PTA) dan selepas itu, pelajar akan meneruskan latihan industri selama 6 bulan untuk program perikatan industri.


PERSIJILAN

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dengan;

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4  (IT-030-4:2013) ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Diploma Teknologi (DT) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Calon hendaklah berumur 18 hingga 35 tahun.

3. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.

4. LULUS TEMUDUGA yang dijalankan.

5. DAN, tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PROSPEK KERJAYA

IT Helpdesk Executive, Penolong Jurutera atau Juruteknik Rangkaian, Usahawan/kontraktor dalam bidang ICT.

 


 

  • Articles View Hits 299479

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024