test1

L05 - Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara


INFO KURSUS

Kursus Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik / industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menyediakan laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.


PERSIJILAN

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dengan;

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Diploma Teknologi (DT) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Calon hendaklah berumur 18 hingga 35 tahun.

3. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.

4. LULUS TEMUDUGA yang dijalankan.

5. DAN, tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PELUANG KERJAYA

Pembantu Jurutera Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Juruteknik Kanan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Usahawan bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.

 

  • Articles View Hits 299280

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024