test1
Maklumat Am

Institut Latihan Perindustrian Miri sentiasa mengalu-alukan para pelajar yang berminat menjadi sebahagian daripada warga institut kami. Pelbagai bidang latihan kemahiran telah disusun dan dimantapkan sesuai dengan kehendak pasaran semasa. ILP Miri menumpukan latihan kemahiran dalam 3 bidang kemahiran iaitu Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Elektrikal dan Mekanikal Pengeluaran. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara,Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas dan Teknologi Kimpalan.

Pendedahan 70% amali dan 30% teori memberikan kelebihan kepada pelajar menguasai pelbagai teknik dan kemahiran. Tambahan pula, pelajar dinilai secara berterusan pada setiap semester meliputi kerja kursus (Teori dan Amali) dan Peperiksaan Akhir (Teori dan Amali) seperti yang ditetapkan di dalam setiap modul.

Bagi mereka yang berminat, ILP Miri telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta keselesaan dan kesejahteraan anda. Pelajar yang tamat program latihan dan akademik dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Teknologi mengikut peringkat dan bidang pengkhususan masing-masing.

Program latihan yang ditawarkan di peringkat sijil adalah seperti berikut;

Bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

1. Sijil Teknologi Komputer Rangkaian

2. Sijil Teknologi Telekomunikasi

3. Diploma Teknologi Komputer Rangkaian.

4. Diploma Teknologi Telekomunikasi.

 

Bidang Elektrikal

1. Sijil Teknologi Elektrik.

2. Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

3. Diploma Teknologi Elektrik.

4.  Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

 

Bidang Mekanikal Pengeluaran

1. Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas

2. Sijil Teknologi Kimpalan

 

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun. Masa permohonan akan diiIklan melalui laman web berikut mengikut kapasiti tawaran insititut yang dipohon.

Anda boleh memohon melalui Aplikasi Atas Talian (online) di Laman web berikut. Tawaran akan diberikan kepada pelajar mengikut syarat-syarat dan saringan yang dijalankan.

https://mohon.tvet.gov.my/

Fasiliti atau bantuan kewangan yang disediakan untuk pelajar adalah seperti berikut;

1. Yuran pengajian yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan (percuma di peringkat sijil).

2. Elaun sara hidup RM 100.00 sebulan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan (percuma di peringkat sijil).

3. Kemudahan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi pemohon yang layak.

 

Fasiliti kemudahan umum yang disediakan untuk pelajar adalah seperti berikut;

1. BIlik asrama - Dua (2) orang penghuni dalam satu masa.

2. Dewan makan. (makanan yang ditanggung sepenuhnya kerajaan bagi pelajar peringkat sijil).

3. Kemudahan permainan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, gelanggang sepak takraw, gelanggang futsal dan gelanggang badminton. Pelajar juga boleh membuat aktiviti riadah yang lain seperti berjoging di sekitar kawasan institut sambil menikmati padangan lanskap yang menarik.

4. Internet tanpa wayar (IntrimWifi) di sekitar 'hotspot' kawasan ILP Miri termasuk di Asrama.

5. Pusat sumber dan perpustakaan.

6. Kedai mini Koperasi ILP Miri Berhad.

7. Surau bagi pelajar muslim.

8. Kafeteria.

  • Articles View Hits 299436

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024