test1

B06 - Sijil Teknologi Telekomunikasi


INFO KURSUS

Program ini mendapat Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS EE-321-3:2012. Bahagian Teknologi Telekomunikasi juga menyediakan Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten TM, Internal Fiber Optic Cable (CA1C), External Fiber Optic Cable (CA2C) , Internal Copper Cable (CA1A) dan External Copper Cable (CA2A).

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran telekomunikasi yang melibatkan industri dalam bidang fiber optik, antena dan wireless communication.

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam

  • Low End Equipment Material Installation and Maintenance
  • Low End Installation Material’s Installation and Maintenance
  • Fibre Optic Cable Splicing
  • Transmission Site Survey
  • Low End Material Troubleshooting
  • Frequency Scanning
  • Electrical & Electronic


PERSIJILAN

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (EE-321-3:2012) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Sijil Teknologi (ST) oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

3. Sijil kompetensi lain*

  • CA1C – INTERNAL FIBER OPTIC CABLE (Telekom Malaysia)
  • CA2C - EXTERNAL FIBER OPTIC CABLE (Telekom Malaysia)
  • NIOSH TM SAFETY PASSPORT (Niosh)

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PROSPEK KERJAYA

Juruteknik/Kontraktor/Jurutera Pemasangan / Servis Telekomunikasi, Juruteknik/Kontraktor/Jurutera Rangkaian, Semua sektor yang berkaitan rangkaian yang menggunakan fiber dan copper.


 

  • Articles View Hits 299302

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024