test1

Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara


INFO KURSUS

Teknologi PPU mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan dua kursus Sepenuh Masa menggunakan kod NOSS ME-020-3:2012 iaitu Penyeliaan, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Sijil).

Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis

Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar di Tahap 2 iaitu Pengenalan Kepada Sistem Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara, Prinsip Asas Elektrik dan Kawalan Motor, Asas Ketukangan besi dan Penyambungan Paip, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Di Tahap 3 pelajar akan didedahkan dengan subjek Sistem Penyejukbekuan Komersial, Rekabentuk Ducting Hvac, E-keusahawanan, Lukisan Berbantu Komputer (Autocad), Rekabentuk Sistem Perpaipan HVAC dan sebagainya. Manakala untuk Tahap 4 (Diploma) pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek seperti Sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Industri, Dokumentasi Tender HVAC, Proses Rancangan dan Pemantauan HVAC, Pengiraan Kos Projek HVAC, Projek Akhir dan lain-lain.


PERSIJILAN

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (ME-020-3:2012) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

2. Sijil Teknologi (ST) oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

3. Sijil kompeten*

  •  Kad Hijau (Green Card) diiktiraf oleh CIDB
  •  Program Persijilan Juruteknik Bertauliah RACs (CSTP) diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar
  •  Sijil Kompeten (Certified Personnel Handling Flammable Refrigerant) dibawah MS 2678: 2017 diikitraf oleh JTM & Mitsubishi Electric Malaysia
  •  Kompeten Brazzer 
  •  Sijil Kompeten (Certification Personnel Handling Ammonia Refrigerant)

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PROSPEK KERJAYA

Juruteknik Pemasangan/Servis AC, Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor, Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik.


 

  • Articles View Hits 299376

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024