test1

Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas


INFO KURSUS:

Program Sijil Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas adalah program persijilan dalam bidang industri minyak dan gas yang diiktiraf secara meluas. Pelajar diberi pendedahan mengenai pembangunan kemahiran berteknologi tinggi dan kemajuan kerjaya dalam industri minyak dan gas.

Kursus ini dibangunkan dengan kerjasama serta rundingan bersama Petronas Carigali Sdn. Bhd dan INSTEP (Institut Teknologi Petroleum PETRONAS). Kursus ini dibangunkan dengan mengintegrasikan konsep pembelajaran berasaskan kompetensi, membolehkan para pelajar mempelajari kemahiran yang terdiri daripada penyelenggaraan peralatan minyak dan gas, perkhidmatan baikpulih, rigging dan slinging, lukisan paip, pengurusan organisasi, dan juga melaksanakan tugas-tugas berdasarkan persekitaran kerja yang sebenar, yang dapat mengasah kemahiran pelajar di dalam analisis teknologi dan dokumentasi dalam meningkatkan kemahiran praktikal para pelajar.

Kursus Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas (Mekanikal) menggabungkan unsur penting dengan aspek teori pemeliharaan loji, termasuk latihan praktikal menggunakan pendekatan kerjasama berpasukan yang telah lama diamalkan oleh industri minyak dan gas. Kursus ini juga mengasah kemahiran komunikasi yang tinggi dengan konsep pembelajaran kendiri sebagai ciri utama graduan. Setelah selesai pensijilan Tahap 3 (SKM), pelajar mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat diploma di pusat latihan seperti ADTEC, INSTEP atau institusi pengajian swasta.


PERSIJILAN:
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Sijil Teknologi (ST) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Calon hendaklah berumur 18 hingga 35 tahun.

3. Lulus SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Sejarah
  • Lulus mana-mana satu subjek selain daripada subjek di atas

4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


TEMPOH PENGAJIAN
21 Bulan


PROSPEK KERJAYA:

Jurukimpal Paip Minyak dan Gas, Jurugegas Paip Minyak dan Gas, Skill Industrial Trainer, Juruteknik Paip Minyak dan Gas, Pengendali Pemeriksaan, Rigger, QA / QC atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang Pemasangan Paip Minyak dan Gas.


SENARAI SUBJEK/MODUL YANG AKAN DIPELAJARI SEPANJANG PENGAJIAN :

Semester 1 Semester 2 Semester 3
1. Safety Practice
2. Basic Fitting
3. Fabrication Drawing
4. Metallic And Non-Metallic Pipes
5. Thermal Cutting
6. Shielded Metal Arc Welding
7. Gas Tungsten Arc Welding
8. Soldering, Brazing And Gas Welding
9. Pendidikan Islam/Moral 1
10. Bahasa Inggeris 1
11. Matematik Kejuruteraan 1
12. Sains Kejuruteraan 1
13. Aplikasi Komputer
14. Ko-Kurikulum 1
1. Gas Metal Arc Welding
2. Metal Fabrication
3. Engineering Drawing 2
4. Pipe Joints
5. Planning And Estimating
6. Pump And Valves
7. Compressors
8. Pendidikan Islam/Moral 2
9. Bahasa Inggeris 2
10. Matematik Kejuruteraan 2
11. Sains Kejuruteraan 2
12. Ko-Kurikulum 2
1. Latihan Industri

 

  • Articles View Hits 299264

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024