test1

L01 - Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa)


INFO KURSUS

Diploma Teknologi  Elektrik (Kuasa) diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran di peringkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini. Selain menekankan aspek teori atau pengetahuan berkaitan, kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran yang  dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.


PERSIJILAN

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dengan;

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Diploma Teknologi (DT) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).


SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Calon hendaklah berumur 18 hingga 35 tahun.

3. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.

4. LULUS TEMUDUGA yang dijalankan.

5. DAN, tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


PROSPEK KERJAYA

Penolong/Pembantu Jurutera Elektrik, Skill Industrial Trainer, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah, Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan, Usahawan (kontraktor elektrik).


 

  • Articles View Hits 299480

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024