test1

Sijil Teknologi Elektrik


INFO KURSUS:

Kaedah latihan bagi kursus Sijil Teknologi Elektrik  adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus peringkat sijil ini, pelajar akan diajar berkaitan asas iaitu pemasangan dan juga penyelenggaraan elektrik yang berkaitan dengan pendawaian elektrik 1 fasa, pendawaian elektrik 3 fasa, kawalan motor. Pelajar juga akan diajar mengenai akta bekalan elektrik (wajib lulus) yang berkaitan dan juga teknologi solar.


PERSIJILAN:
1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 EE-320-3:2012 Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik Tiga Fasa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

2. Sijil Kekompetenan - Sijil Pendawaian Elektrik (PW2) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

3. Sijil Kekompetenan Wireman G1 ditauliahkan oleh Unit Merinyu Elektrik Sarawak (EIU)

4. Sijil Teknologi Elektrik oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)


KELAYAKAN PERMOHONAN:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus matematik/matematik tambahan
  • Lulus sejarah dan
  • Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


TEMPOH LATIHAN:
Latihan teori dan amali : 1 tahun 6 bulan
Latihan Industri di kontraktor elektrik: 6 Bulan


PROSPEK KERJAYA

Juruteknik Elektrik, Skill Industrial Trainer, Usahawan (kontraktor elektrik).


 

  • Articles View Hits 310787

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024