test1

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian di institut ini. Sehubungan dengan itu, pihak institut amat berbesar hati menjemput tuan/puan/cik para graduan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ILJTM 2022 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

                                Tarikh           : 14 Jun 2022
                                Tempat         : Dewan INTRIM, ILP Miri.
                                Yuran            : RM 190.00

Kami memohon jasa baik para graduan untuk mengisi maklumbalas kehadiran ke Majlis Konvokesyen ini di pautan Google Form berikut dan semakan senarai graduan boleh dibuat di pautan Laman Rasmi Majlis Konvokesyen ILJTM, ILP Miri 2022. Tarikh akhir maklumbalas adalah pada *22 April 2022.

<< Maklumbalas Kehadiran Majlis Konvokesyen | Klik di Sini >>

<< Laman Rasmi Majlis Konvokesyen ILJTM, ILP Miri 2022 (Senarai Graduan) | Klik di Sini >>

 

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

“Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat”

Saya yang menjalankan amanah,

Urusetia

Majlis Konvokesyen ILJTM, ILP Miri 2022.


 

  • Articles View Hits 309803

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024