test1

Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RACs)

INFO KURSUS

Program Persijilan Juruteknik Bertauliah (CSTP) telah diperkenalkan semasa Pelan Pengurusan Penghapusan Klorofluorokarbon(CFC) Kebangsaan (NCFCP) pada 2004 yang memfokuskan kepada bahan pendingin CFC (Klorofluorokarbon).

Program ini telah dinaik taraf di dalam Pelan Pengurusan Penghapusan Hidroklorofluorokarbon (HPMP) yang memfokus-kan pada sektor Penyejukan dan Penyamanan Udara (RACs). Di bawah pelan ini juga satu modul latihan telah dibangunkan bagi menjalankan program pentauliahan CSTP.

Program ini hanya dikendalikan di Pusat Kemahiran Bertauliah (ATC) yang ditauliahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 


OBJEKTIF

•Memastikan semua juruteknik RACs bertauliah selaras dengan Peraturan 5(1) dan (2) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Bahan Pendingin) 1999.

•Untuk mempromosikan kesedaran dalam kalangan juruteknik mengenai impak alam sekitar dengan mempromosikan amalan terbaik dalam mengendalikan bahan pendingin.

 


TERBUKA KEPADA

•Institusi latihan kemahiran vokasional swasta.

•Juruteknik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.

•Industri Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (Contoh: Kontraktor, Pembekal, Pengilang dan berkaitan).

Rujukan: Senarai Pusat Bertauliah (RACs ATC) Jabatan Alam Sekitar

Anda Berminat?

Sila hubungi pegawai Unit CESS kami, En Aslan bin Salam di sambungan 150 atau En. Meialagan Nadarajan disambungan 106.


  • Articles View Hits 311362

Kemaskini Terakhir: 8 Feb 2024